Isnin, 5 Mac 2012

Seruan Kebangkitan Khilafah di Indonesia agar Derita Umat Islam di Syria Diselesaikan Segera


Seruan Khilafah di Indonesia
ARRAYAH.INFO, Indonesia, 5 Mac 2012 -Kaum Muslim Syria terus dibantai oleh Bashar Assad. Mennyokong perjuangan rakyat Syria, Hizbut Tahrir Indonesia bersama umat melakukan Seruan Kebangkitan Khilafah di Jakarta dan di kota-kota besar lainnya di seluruh Indonesia, pada hari Ahad, 04 Mac 2012. Selain di Jakarta aksi juga akan diadakan di Medan, Yogyakarta, Surabaya, Banjarmasin, Makassar, dan Kendari.

"Dengan iringan doa kepada Allah SWT agar rakyat Syria bisa meraih kejayaan dengan dua kemuliaan, di dunia dan akhirat. Di dunia dengan tegaknya kembali Syariah dan Khilafah, dan di akhirat dengan pahala setimpal dari Allah SWT," kata Muhammad Ismail Yusanto, jurubicara Hizbut Tahrir Indonesia.

Untuk mempertahankan kedudukannya, Presiden Syria, Bashar Assad, tak henti terus melakukan pembantaian terhadap rakyatnya sendiri.

Seruan Khilafah di Indonesia
Sungguh, apa yang dilakukan oleh Bashar Assad berupa pembantaian, pembunuhan, pemboman dan penghancuran yang sangat brutal itu, menunjukkan bahawa rezim Bashar memang semakin dekat kepada ajal, terutama semenjak banyak anggota tentera dan para penyokongnya berbalik arah menyerangnya.

"Mengharap PBB untuk menyelesaikan krisis di Syria, juga di negara muslim lain, bererti meletakkan masalah kaum muslimin di tangan musuh. Juga bererti membiarkan persoalan kaum Muslimin sebagai objek tawar-menawar, konspirasi dan pemaksaan syarat-syarat yang hanya akan menimbulkan mudharat bagi kaum muslimin kerana langkah itu pasti akan makin menjauhkan negara itu daripada identiti Islamnya," tegasnya.

Oleh kerana itu, menurut Ismail Yusanto, untuk menyelesaikan masalah yang tengah dihadapi oleh rakyat Syria sama sekali tidak perlu dan tidak boleh mengundang campur tangan asing, baik melalui PBB maupun lainnya. Juga tidak diperlukan gerakan sekular.

Seruan Khilafah di Indonesia
Yang diperlukan adalah keteguhan dan kesungguhan para pejuang Islam dengan sokongan rakyat Syria, untuk bersama-sama melenyapkan rejim diktator kejams ini, dan menggantikannya dengan penguasa baru yang tegak atas dasar Islam, dan bekerja untuk kejayaan Islam. Keteguhan rakyat Syria hari ini dalam menghadapi mesin pembunuh Bashar Assad merupakan bukti yang jelas bahawa rakyat bertekad untuk terus berjuang hingga rejim ini dijatuhkan.

"Kami menyeru kepada rakyat Syria untuk terus menjaga kesabaran, keteguhan, keberanian dan pengorbanan semata untuk dan kerana Allah SWT, dan tidak mempersekutukan dengan apapun, baik itu PBB maupun negara besar manapun, termasuk sekutu dengannya," tegas Ismail.

Ia juga mengingatkan para perwira tentera di Syria untuk jangan mau menjadi alat membunuh rakyat. Telah tiba waktunya untuk membebaskan diri dari belenggu rasa takut terhadap rejim diktator ini.

"Maka bersungguh-sungguhlah menolong agama Allah. Berjuanglah bersama rakyat dan bersama Hizbut Tahrir untuk menegakkan al-Khilafah ar-Rasyidah, yang akan menyatakan yang haq adalah haq dan yang batil adalah batil, menyebarluaskan keadilan dan menghilangkan kezaliman dengan Islam, dimana kaum muslim dan non muslim akan hidup tenteram. Pada hari itu kaum mukmin akan bergembira karena pertolongan Allah." [m/htipress/syabab.com/arrayah.info]

Lihat laporan bergambar di http://www.demotix.com/news/1088491/hizb-ut-tahrir-indonesia-holds-solidarity-march-syrian-muslims

Sumber : http://www.syabab.com/akhbar/ummah/2423-hari-ini-hizbut-tahrir-indonesia-akan-gelar-aksi-solidaritas-untuk-rakyat-suriah-di-berbagai-kota-di-nusantara.html

1 comments:

  1. Kita menghendaki kebangkitan yang diridhai Allah dan Rasul-Nya. Kebangkitan yang dibenci oleh orang-orang kafir, fasik, munafik, dan para thaghut. Kebangkitan yang membuang representasi kekufuran, kezaliman, kefasikan dan kejahatan untuk menjadikan kita sebagai sebaik-baik umat manusia, kokoh dengan pertolongan Allah dan mendapat penguatan dan bantuan-Nya.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget | Webaholic