Sabtu, 11 Februari 2012

Seruan Umat Islam di Turki Menyokong Kebangkitan Khilafah di Wilayah Syam


ARRAYAH.INFO, Turki, 11 Februari 2012 - Seruan kebangkitan Khilafah telah dilakukan oleh Hizbut Tahrir, sebuah Parti Islam Global yang telah menyeru umat Islam bangkit di Wilayah Syam apabila saudara se-Islam mereka di sana telah diseksa dan dibunuh kejam.

Umat telah diberitahu terlebih dahulu mengenai seruan ini dan Hizbut Tahrir di Istambul dan Ankara bersama-sama umat telah keluar secara berkumpul di hadapan kedutaan Syria di Turki pada hari Jumaat, 10 Februari 2012 yang lepas.

Telah dibuang itu perkataan takut untuk umat Islam Syria dan menyeru bagi mereka untuk meneruskan kebangkitan Khilafah sehingga jatuhnya diktator zalim di Damsyik, Syria.

Mereka melaungkan slogan mengutuk tindakan Bashar yang zalim dan kejam bagi umat Islam Syria serta mengibar banner seruan, panji putih Al-Liwa' dan panji hitam Ar-Rayah.

Dan dibacakan dengan lafaz doa yang berpengaruh lalu berdoa umat kepada ALLAH SWT, Tuhan Pemilik Segala Kekuasaan untuk memberi kemenangan kepada umat Islam Syria dan tetap menetang Bashar yang zalim.

Semoga ALLAH SWT mempercepatkan berdirinya semula Khilafah yang akan melakukan pembebasan wilayah Syam daripada tangan-tangan diktator kejam dan membawa rahmat ke seluruh alam. [abuidris/arrayah.info]

Sumber : http://nahdaproductions.org/islamic-revival/turkey/item/559-rally-outside-syrian-embassy-in-istanbul-turkey-in-support-of-the-syrian-uprising-%7C-10-feb-2012

Lihat Seruan Kebangkitan


Lihat Seruan Kebangkitan di Ankara, Turki
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3212147752149.2154629.1519941188&type=3





Lihat Seruan Kebangkitan di Islambul, Turki
https://www.facebook.com/media/set/?set=a.3212200153459.2154630.1519941188&type=3






2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget | Webaholic