Ahad, 26 Februari 2012

Seruan Kebangkitan Khilafah di Malaysia agar Derita Umat Islam di Syria Diselesaikan Segera


Kebangkitan Khilafah di Malaysia
ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 26 Februari 2012 - Umat Islam di Malaysia juga bergabung bersama Hizbut Tahrir Malaysia dalam sebuah aksi seruan menyokong revolusi Syria dan penegakkan Khilafah, serta mengecam kekejaman Assad yang telah membunuh ribuan umat Islam di wilayah Syam.

Aksi seruan tersebut diadakan di Jalan U-Thant, 150 meter daripada kedutaan Syria, Kuala Lumpur bermula pukul 14.30 petang, pada hari Jumaat, 24 Februari 2012 yang lepas.

Hujan yang renyai-renyai kelihatan semakin lebat tidak menghalang para penyeru kebangkitan yang ikhlas daripada mengubah keputusan untuk menghentikan aksi mereka. Hujan terus melimpahkan rahmat Nya.

Aksi seruan kebangkitan bermula dengan bergerak menuju ke kedutaan Syria dan mendapat bantuan pihak berkuasa apabila hadir 3 orang polis yang menjaga laluan jalan.

Para penyeru kebangkitan terus berjalan dengan mengibarkan sepanduk, bendera Al Liwa' dan panji Ar Rayah serta poster-poster yang menghina kekejaman Bashar al-Ashad di Syria.

Kebangkitan Khilafah di Malaysia
Disamping itu, teriakan daripada Ustaz Umar yang bergema di sepanjang jalan, khususnya melalui kiri dan kanan di kediaman-kediaman yang ada di situ, khususnya flat-flat kediaman kerajaan yang terletak di sebelah kiri menuju ke kedutaan Syria.

Laungan-laungan dan slogan terus diteriakkan sambil berjalan menuju ke kedutaan Syria. Ustaz Umar terus mengetuai teriakan dan laungan-laungan dengan penuh semangat, sehingga hujan yang lebat seumpama tidak terasa telah menyentuh di badan. Hanya dua orang wakil daripada Hizbut Tahrir Malaysia dibenarkan menyerahkan memorandum di kedutaan Syria.

Abu Salam daripada Palestin, seorang aktivis dakwah Hizbut Tahrir menyampaikan seruan dalam Bahasa Arab kepada seluruh umat Islam khususnya kepada ahlul quwwah untuk segera bangkit sama-sama menyelesaikan masalah di bumi Syria, Wilayah Syam dengan penegakan semula Negara Islam Global (Khilafah Islamiyah).

Akhirnya, kelihatan dua orang wakil Hizbut Tahrir Malaysia telah berjaya menyerahkan memorandum dan menuju semula ke barisan para penyeru kebangkitan.

Jelas, tanpa keberadaan Khilafah sebagai institusi perisai umat, derita yang menimpa umat Islam di Syam belum juga reda. Para penguasa di negeri-negeri umat Islam hanya duduk berdiam diri, sementara tentera-tentera mereka terpenjara nasionalisme dan hanya diam di kem-kem tentera.

Secara serentak, usaha Parti Islam Global, Hizbut Tahrir di beberapa buah negara bersama umat Islam mengadakan aksi seruan kebangkitan untuk memprotes pertumpahan darah di bumi Syam, sepertimana yang diadakan di Tunisia, Lebanon, Palestin dan Jordan. Aksi serupa juga diadakan di Eropah, seperti di Inggeris dan Sweden, menyusul di Belanda.

Tentu saja, semua ini seharusnya munculnya rasa malu bagi para pemuda di negara ini, majoriti umat Islam yang sebagian diantara mereka malah melupakan identiti Islamnya. Ketika di Barat, para pemuda umat Islam giat berusaha menyeru masyarakat Barat memeluk Islam sehingga banyak para pemuda Barat menyatakan syahadah bahkan terlibat dalam perjuangan penegakkan Khilafah.

Sungguh alangkah malunya bila para pemuda umat Islam di negara ini yang berpenduduk majoriti Islam ini malah mengekor sistem Barat dan budaya Barat serta melepaskan nilai-nilai Islam, semenetara saudara-saudara mereka di Barat sangat kuat berdakwah dan berjuang untuk menegakkan Khilafah.

Hal ini semakin jelas, menunjukkan kepada kita, bahawa Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam akan benar-benar meliputi ujung timur dan barat dunia, sebagaimana dikhabarkan Rasulullah SAW. Insya Allah, di bawah nauangan Khilafah yang semakin dekat. Amin. [abuidris/arrayah.info]

Lihat video seruan kebangkitan

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget | Webaholic