Selasa, 28 Februari 2012

Perlukah mengharapkan PBB, Korban Kematian di Syria meningkat 7500 Orang


Jangan harapkan PBB
ARRAYAH.INFO, Amman, 28 Februari 2012 - Presiden Syria, Bashar Al-Assad boleh dikategorikan sebagai penjenayah perang. Hal ini disampaikan Menteri Luar Negeri Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton. Dia mengatakan bahawa PBB mengumumkan lebih dari 7500 orang awam mati akibat keganasan tenteranya sejak bermula konflik 11 bulan yang lalu di negara itu.

Menurut aktivis, sekurang-kurangnya ada 25 orang terbunuh dalam pertempuran antara pihak pembangkang dengan tentera Syria, Selasa (28/2/2012). Di Kota Homs saja, kelompok pembangkang menyebutkan ada beratus-ratus orang awam terbunuh atau cedera dalam konflik yang berlangsung 24 hari ini.

"Bakal ada perdebatan yang terjadi soal kategori dia (Al-Assad) ini," kata Clinton dalam dengar pendapat dengan Senat, Selasa, seperti diberitakan Reuters, beberapa jam yang lalu. Dia menambah, hanya ada sedikit pilihan untuk mendesak para pemimpin negara bagi menggulingkan kekuasaannya.

Perwakilan Perancis mengatakan, Majlis Keselamatan (DK) PBB terus mengupayakan resolusi atas Syria dan mendesak Rusia dan China untuk tidak memvetonya. Rancangan sebelumnya, kedua-dua negara itu menjatuhkan veto mereka.

Sementara di daerah Baba Amro, bahagian dari Kota Homs, aktivis setempat mengatakan, warga ketakutan dan dalam situasi tanpa bekalan air bersih, makanan, dan ubat-ubatan. Dalam keadaan itu, jurugambar berbangsa Inggeris berjaya meloloskan diri dari Homs, tapi nasib dari reporter Perancis, Edith Bouvier, masih belum jelas.

"Ada laporan dipercayai bahawa korban tewas saat ini mencapai 100 orang awam setiap hari, termasuk sejumlah perempuan dan anak-anak. Jumlah korban yang terbunuh setakat ini mencapai lebih dari 7500 orang," kata kakitangan Setiausaha Agung PBB untuk Hubungan Politik, Lynn Pascoe, kepada DK PBB.

Sumber : http://www.republika.co.id/berita/internasional/timur-tengah/12/02/29/m04olc-pbb-korban-tewas-di-suriah-capai-lebih-dari-7500-orang


Perlukah mengharapkan PBB, Korban Kematian di Syria telah meningkat 7500 Orang

Wahai kaum Muslimin! Sedarlah bahawa pemimpin kalian hari ini hanyalah pak turut kepada PBB dan juga Amerika. Dunia Islam menderita kerana metafora extremism dan terrorism yang dilaung Barat disambut baik oleh para pemimpin kalian.

PBB menjadi ‘mesin pemusnah’ umat Islam di mana AS adalah pengendali dan para pemimpin umat Islam menjadi pembantu-pembantunya. Sungguh, dunia ini tidak akan pernah aman selama mana masih wujud para pemimpin Islam yang berharap kepada pertubuhan kufur dan berucap di pentas kufur seperti PBB.

Dengan ketundukan mereka kepada kehendak Barat, mereka sebenarnya telah menjadi penyumbang besar kepada penderitaan dunia, khususnya ke atas umat Islam itu sendiri.

Pemimpin inilah yang sebenarnya menjadi pengancam kepada keamanan dan kesejahteraan umat Islam kerana mereka menginginkan keamanan bagi puak kuffar dengan cara-cara yang telah digariskan oleh puak kuffar!

Mereka tidak melaksanakan jihad ke atas Barat sebaliknya berbaik dengan Barat yang jelas-jelas merupakan musuh Allah. Mereka akan melabel gerakan Islam sebagai ekstremis dan teroris sebelum Barat sendiri berbuat demikian.

Sesungguhnya Barat dan pemimpin yang berkiblatkan Barat, merekalah sebenar-benar penghalang kepada kebangkitan Islam dan menjadi penyebab kepada penderitaan dan kesengsaraan dunia.

Sesungguhnya tidak ada jalan lain untuk menghapuskan semua penderitaan dunia kecuali dengan mengembalikan semula Daulah Khilafah ke persada politik antarabangsa yang akan menaungi dunia dengan hukum Allah. [abuidris/arrayah.info]

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget | Webaholic