ARRAYAH.INFO, Skudai, 23 Februari 2012 - Satu Munaaqashah (Forum Alternatif Fikrah Islam) yang bertajuk "Siapakah Ahli Sunnah Wal Jamaah?" akan di adakan di Johor Bahru.
Istilah atau kalimah Ahli Sunnah wal-Jamaah sememangnya sudah tidak asing lagi kepada masyarakat Islam di Nusantara. Namun, apabila membincangkan perihal Ahli Sunnah wal-Jamaah terlalu sedikit yang mengetahui pengertian kalimah ini.
Oleh itu, perlulah terlebih dahulu difahami pengertiannya (istilah atau definisinya) sama ada disegi bahasa atau syara.
"Pasti akan berpecah-belah umatku kepada 73 firqah, hanya satu ke syurga dan 72 ke neraka. Baginda ditanya: Siapa mereka (yang ke syurga) wahai Rasulullah? Baginda bersabda: al-Jamaah" [Hadis Riwayah Ibn Majah (2/1322)]
Umat Islam disyorkan menghadiri Munaaqashah (Forum Alternatif Fikrah Islam) yang akan diadakan pada 26 Februari 2012 bersamaan 04 Rabiulakhir 1433H, hari Ahad, jam 8.30 pagi hingga jam 1.00 tengahari.
Lokasi tempat Munaaqashah adalah seperti berikut:
Bilik Seminar,
Khilafah Center Cawangan Johor
Bekas Bangunan Ikatan Intelektual Nusantara
20-01, Jalann Putra 1,
Taman Sri Putra
81300 Johor Bahru
Johor.
Munaaqashah tersebut dianjurkan oleh Khilafah Center dan kerjasama Hizbut Tahrir Malaysia yang akan mengupas tentang Ahli Sunnah Wal Jamaah.
Siapakah sebenarnya Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Kaum muslimin (lelaki sahaja) dijemput hadir untuk mengetahui apa jawapannya.
Masuk adalah percuma! Sebarang masalah dan persoalan sila hubungi no telefon 013-7240577 untuk keterangan lanjut. [arrayah.info/abuidris]
Sumber : http://www.mykhilafah.com/seminar/3221-munaaqashah-feb-2012-siapakah-ahli-sunnah-wal-jamaah
Lihat gambar iklan forum alternatif
0 comments:
Catat Ulasan