Rabu, 22 Februari 2012

Hanya Khilafah Yang Mampu Menghalang Penghina Kitab Suci Al-Quran Daripada Menghina Lagi


Al-Quran dihina di Kabul
ARRAYAH.INFO, Kabul, 22 Februari 2012 - Beberapa naskhah al-Quran yang diambil dari penjara di pangkalan udara itu diserahkan untuk tujuan pembakaran lewat semalam. Tindakan itu disedari oleh pekerja-pekerja Afghanistan, kata pegawai-pegawai negara itu dan Barat.

Ketua polis, Bekzad berkata, beberapa naskhah al-Quran juga dibuang bersama banyak kertas yang sudah tidak digunakan lagi. Ahmad Zaki Zahed, ketua majlis perbandaran Parwan berkata, sebanyak 17 naskhah al-Quran dapat diselamatkan.

Sesetengah mereka yang berhimpun di pekarangan pangkalan udara membawa senapang memburu yang lama, selain ada yang menggunakan lastik dan membaling batu ke arah pangkalan udara selama beberapa jam. Malah, mereka juga melaungkan slogan "Jahanam Amerika".

Kumpulan yang hadir dianggarkan antara 2,000 dan 3,000 orang dan pihak polis diletakkan di sepanjang jalan menuju ke arah pangkalan udara itu, demikian menurut ketua polis wilayah Parwan, Jeneral Mohammad Akram Bekzad.

Tindakan merosakkan atau membakar kitab suci al-Quran satu isu yang sangat sensitif di Afghanistan dan kadangkala mencetuskan keganasan dan adakalanya membawa kepada rusuhan maut pada masa-masa lalu.

Sumber - http://www.sinarharian.com.my/global/nato-as-minta-maaf-bakar-al-quran-1.25769


Semoga Allah SWT Melaknat Mereka yang Menghina Al-Quran. Hanya Khilafah Yang Akan Mengajar Kebiadaban Mereka Yang Terlaknat Itu.

Firman Allah SWT: ”Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya”. [Surah Al-Hijr (15) :9].

”Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian)”. [Surah At-Taubah (9) : 32].

Ternyata kebencian golongan kuffar terhadap Islam tidak dapat disembunyikan lagi. Kenyataan yang keluar dari pihak kuffar di atas sudah cukup menggambarkan betapa bencinya mereka kepada Islam dan umat Islam.

Kebiadaban yang mereka tujukan kepada Islam berlaku secara berterusan dan apakah mungkin selepas dari ini mereka akan menghalakan kebencian mereka kepada Kaabah? Sesuatu yang tidak mustahil. Jika dahulu tentera Abrahah telah cuba untuk menghancurkan Kaabah, kini tidak mustahil tentera Abrahah moden akan muncul untuk melakukan perkara yang sama.

Firman Allah SWT: ”Tidakkah engkau mengetahui bagaimana Tuhanmu telah melakukan kepada angkatan tentera (yang dipimpin oleh pembawa) Gajah, (yang hendak meruntuhkan Kaabah)?
Bukankah Tuhanmu telah menjadikan rancangan jahat mereka dalam keadaan yang rugi dan memusnahkan mereka?
Dan Ia telah menghantarkan kepada mereka (rombongan) burung berpasuk-pasukan, - Yang melontar mereka dengan batu-batu dari sejenis tanah yang dibakar keras,
Lalu Ia menjadikan mereka hancur berkecai seperti daun-daun kayu yang dimakan ulat”. [Surah Al-Fiil (105) :1-5].

Ketahuilah wahai seluruh umat Islam! Jika dahulu ketika Rasulullah SAW menghantar utusan ke Parsi untuk menyampaikan surat baginda bagi menyerukan Islam kepada kerajaan Parsi, rajanya ketika itu yang bernama Yazdajir telah mengoyakkan surat Rasulullah SAW tersebut.

Dan apabila baginda SAW mendengar berita tersebut baginda terus berdoa dengan mengatakan: ”Ya Allah sebagaimana dia mengoyak-ngoyak suratku maka engkau koyak-koyakkanlah kerajaannya”.

Terbukti kerajaan majusi Parsi akhirnya dileburkan oleh Khalifah Umar al-Khattab di bawah pimpinan Huzaifah ibnu Yaman yang telah meraih kemenangan mengalahkan tentera Parsi dalam peperangan Nahawand pada tahun 21H/642M.

Peperangan ini juga dikenali dengan nama “Fathul futuh” (Penaklukan terbesar). Dengan kemenangan itu, kaum Muslimin telah meruntuhkan Dinasti Sasania yang telah berkuasa di Parsi selama empat abad lamanya. Kehebatan Islam terserlah dan terjaga dengan adanya kekuatan yang didokong oleh negara Khilafah.

Wahai seluruh umat Islam! Kebiadaban kuffar Barat hanya akan terjawab sekiranya kekuatan Khilafah itu wujud di tengah-tengah kehidupan umat. Sudah saatnya Khilafah berdiri bagi membela dan mempertahankan Islam dan umat Islam. [mykhilafah.com/arrayah.info]

0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget | Webaholic