Rabu, 1 Februari 2012

74 Penonton Bola Maut - Ketaksuban Assabiah tidak menghiraukan Ikatan Akidah Persaudaraan Islam


ARRAYAH.INFO, Kaherah, 1 Februari 2012 - Dianggarkan lebih 74 orang terbunuh dan 248 cedera selepas peminat bola sepak bersesak turun ke padang apabila pasukan tuan rumah menang mengejut ke atas kelab utama Mesir di bandar Port Said.

Anggota polis anti rusuhan gagal mengawal keadaan, lantas mengakibatkan ia bertambah buruk.

Insiden berkenaan adalah peringatan terhadap keselamatan yang kian merosot di Mesir selepas hampir setahun kejatuhan rejim diktator Hosni Mubarak.

Rusuhan selepas perlawanan di antara pasukan tuan rumah (Al-Masry) dan pasukan dari Kaherah (Al-Ahly) adalah kejadian keganasan terburuk dalam sejarah bola sepak Mesir dan paling dasyat di dunia sejak 1996.

Sementara itu, salah seorang pemain berkata, "Ia seperti dalam peperangan". - AP


Ketaksuban Assabiah tidak menghiraukan Ikatan Akidah Persaudaraan Islam

Kita sebagai orang Islam seharusnya wajib menerima semua ajaran Islam. Tetapi kita tidak dapat faham dengan mudah semua ajaran Islam yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis. Justeru kita terpaksa bergantung kepada orang yang berilmu untuk diajari dan diajarkan.

Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW hanyalah satu. Sekarang terdapat banyak puak-puak atau mazhab Islam kerana mengikut ajaran dan tafsiran imam, ulama dan pemimpin yang berlainan.

Di kawasan ini terdapat pelbagai puak-puak yang sering kali mengikut arahan pemimpin dan amat fanatik kepada mereka sehinggakan taksub kepada ajaran sesat mereka.

Apabila sudah taksub, umat sukar untuk memperbetulkan fahaman mereka. Sesungguhnya mereka adalah golongan Assabiah kerana ketaksuban mereka.

Dalam politik juga terdapat kumpulan Assabiah ini. Kerana taksub dengan ajaran pemimpin, mereka tidak lagi menyoal apa sahaja ajaran yang disampaikan. Mereka terima dan telan, bahkan mereka akan bermusuh dengan sesiapa yang tidak percaya dengan ajaran pemimpin mereka.

Setelah taksub sebarang penjelasan akan kesilapan dan kesalahan ajaran pemimpin mereka akan ditolak secara buta-tuli. Ini ajaran pemimpin mereka, maka inilah sahaja ajaran yang betul. Jika pemimpin kata yang hitam itu putih maka mereka akan angguk "Ya, itu memang putih". Demikian puak yang taksub ini, puak assabiah ini. Hidung sudah dicucuk dan di mana diheret mereka turut dan pergi.

Berpecahnya umat Islam adalah kerana taksub kepada arahan pemimpin. Al-Quran secara jelas memang menegas orang Islam itu adalah bersaudara. Tetapi apabila ada pemimpin berkata utamakan puak mereka sahaja maka telah menyebabkan orang Islam berpecah-belah, sehinggakan mereka sanggup saling berbunuhan, seperti mana yang terjadi di Mesir.

Apabila pemimpin berkata mereka disuruh tolak perpaduan dalam Islam untuk mendapat sokongan bukan Islam, mereka yang taksub akan terima bulat-bulat dakwaan pemimpin mereka. Biarlah bagaimana terangnya ajaran Al-Quran berkenaan dengan persaudaraan dalam Islam, ajaran pemimpin mereka dianggap lebih Islam dari Al-Quran.

Dahulu pemimpin mereka berkata bekerjasama dengan bukan Islam menjadikan orang itu kafir dan mereka kata "Kafir! Kafir!". Hari ini pemimpin mereka yang sama berkata mereka mesti bekerjama dengan orang yang kafir. mereka bersetuju dan terus berkerjasama dengan orang kafir. Mereka tidak lagi ambil kira dakwaan dahulu bahawa mereka akan jadi kafir.

Demikianlah dengan puak Assabiah, puak yang fanatik setia kepada pemimpin dan kumpulan mereka. Yang utama bukan ajaran Islam walaupun amat jelas. Yang diutamakan ialah kata-kata pemimpin mereka.

Hari ini umat Islam berpecah-belah kerana fahaman yang berbeza-beza berkenaan ajaran Islam. Di kawasan  ini orang Melayu Islam berpecah-belah. Di dunia Islam pula, batas sempadan negara lebih diutamakan berbanding dengan ikatan persaudaraan Islam.

Mereka berpecah dan menolak sebarang usaha untuk menyatupadukan mereka mengikut ajaran Islam yang terdapat dalam Al-Quran.

Pemimpin mereka dan cita-cita besar memimpin mereka untuk ke Putrajaya lebih utama bagi mereka dari ajaran Islam.

Pemimpin mereka yang sedang berkuasa pula berusaha mempertahankan kuasa yang diwarisi oleh penjajah kafir tanpa ingin merubah sedikit pun kepada Perlembagaan Islam yang berpandukan Al-Quran dan Sunnah.

Oleh itu, Islam dan ajarannya yang sebenar telah diketepikan oleh puak-puak ini untuk tidak menakutkan orang bukan Islam kerana sokongan mereka ini lebih utama daripada Negara Islam Global (Daulah Khilafah Islamiyah) dan hukum-hukum syariat Nya. [edit/arrayah.info]


Lihat video Ketaksuban Puak Assabiah penyokong pasukan bola sepak tidak menghiraukan Ikatan Akidah Persaudaraan Islam

5 comments:

  1. bola pun smpai boleh jadi macam nie...mcm mana nk tegakkn daulah islam...

    BalasPadam
  2. Tegaknya Daulah Khilafah Islam bukannya satu Ilusi.
    Kerna tatacara penegakannya telah ditunjuki Rasulullah SAW.
    Jalan untuk usaha mengembalikannya telah diusahakan oleh ummat.
    Berpandukan hadis.
    ....Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian beliau (Nabi) diam.”
    [HR Ahmad dan Baihaqi dari Nuâman bin Basyir dari Hudzaifah]

    BalasPadam
  3. Zionis berjaya dalam setiap suntikan yg diberi,ternyata umat islam sudah fanatik dengan permainan ini,assabiyah...dalam masa yg sama kita menentang zionis tapi intipati ciptaannya kita telan...

    BalasPadam
  4. bertuhankan bola secara tidak sengaja..

    BalasPadam
  5. Persaudaraan hilang kerana perasaan taksub. harap perkara seperti ini tidak berlaku di Malaysia

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget | Webaholic