Rabu, 11 Januari 2012
Umat Islam di Bangkok Memprotes Larangan Bertudung
ARRAYAH.INFO, Bangkok, 11 Januari 2011 - Semalam, ratusan penduduk Islam mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan Pejabat Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra, di sini hari ini bagi membantah tindakan sebuah sekolah menengah aliran Buddha melarang seorang pelajar Islam memakai tudung.
Muslim ‘Group for Peace’ menyifatkan Sekolah Menengah Wat Nongjok di sini yang tidak membenarkan seorang pelajar Islam memakai hijab atau bertudung kepala sebagai satu tindakan prejudis terhadap Islam.
Mereka berkata, tindakan sekolah itu bertentangan dengan peraturan pakaian seragam sekolah yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran memandangkan seorang pelajar mempunyai hak untuk memilih pakaian seragam.
"Sebenarnya, Kementerian Pelajaran telah menghantar surat yang menandakan tindakan sekolah itu sebagai salah laku,” menurut satu kenyataan yang dikeluarkan kumpulan itu di tempat perhimpunan.
Kumpulan itu mendakwa beberapa guru dan pentadbir sekolah terus menerus enggan mengajar atau membenarkan pelajar memasuki sekolah berikutan isu itu dari semasa ke semasa.
Semasa perhimpunan tersebut, beberapa penunjuk perasaan turut membina dinding batu di hadapan pejabat perdana menteri sebagai simbol halangan yang dikenakan terhadap pelajar Islam itu.
Dalam satu kenyataan, pihak sekolah menyatakan kononnya tindakan tersebut terpaksa diambil kerana mahu semua pelajar mematuhi peraturan berhubung pakaian seragam.
Sementara itu, Menteri Pelajaran, Woravat Auapinyakul menegaskan pelajar mempunyai hak untuk memakai pakaian seragam mengikut ajaran agama masing-masing berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan kementerian di negara tersebut.
Khatimah
Demikianlah, tanpa kewujudan penjaga umat, Khilafah, kaum Muslim dan ibadah menutup auratnya terancam di Thailand. Tentu saja ini mesti menjadi renungan bagi umat untuk tidak berlama-lama hidup di bawah sistem demokrasi kapitalisme yang telah memecah-belah kaum Muslim melalui ikatan palsu, nasionalisme.
Sudah tiba masanya kaum Muslim bersatu padu di seluruh dunia di bawah naungan Khilafah Islamiyah yang akan menerapkan hukum Allah, Rabb al-Mudabbir. Institusi inilah yang akan menjaga kaum Muslim dan rumah ibadahnya, termasuk juga membiarkan rumah ibadat penganut agama lain yang dimiliki warga non Muslim. Khilafah merupakan kewajipan sekaligus juga janji dari Tuhan semesta alam. Kedatangannya semakin dekat. Insya Allah.[bernama/arrayah.info]
Sumber : http://www.sinarharian.com.my/global/penduduk-protes-larangan-bertudung-1.17547
| Reactions: |
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
ARRAYAH.INFO, Mesir, 18 Disember 2011 - Seorang muslimah di Mesir yang memakai abaya (baju labuh) hitam dilucuti pakaiannya hingga terbu...
-
ARRAYAH.INFO, 6 Januari 2011 - Tanpa ilmu pengetahuan berteraskan akidah Islam, masyarakat akan hidup dalam kemunduran dan keruntuhan mora...
-
ARRAYAH.INFO, Serbia, 29 Julai 2011 - Federasi Bola Sepak Serbia memutuskan untuk melarang pemain Muslim berkewarganegaraan Bosnia dari b...
-
ARRAYAH.INFO, Arizona, 15 Mei 2012 - Seorang pelajar Islam Yaman yang belajar di Arizona, Amerika Syarikat dipaksa untuk melakukan perbu...
-
ARRAYAH.INFO, Kuala Terengganu, 21 Julai 2011 - Seorang Muslim yang bernama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang berusia 25 tahun telah melaku...
-
ARRAYAH.INFO, Amerika, 11 Disember 2011 - Kejatuhan Amerika tidak perlu menjadi keruntuhan yang lengkap - ia adalah, selepas semua, sebu...
-
ARRAYAH.INFO, Putrajaya, 26 Mei 2012 - Berita yang dilaporkan berkenaan Himpunan Jutaan Belia 2012 telah mendatangkan kebimbangan kepada...
-
ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 28 April 2012 - Rakyat telah turun untuk menyertai Himpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' berhampiran Dataran Merd...
-
Umat Islam solat di sebelah Colosseum, Rom ARRAYAH.INFO, Rom, 28 Mei 2012 - Menurut laporan Kesatuan Komuniti Islam (UCOI) di Rom, Ita...
-
ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 2 Julai 2011 - Analisis di antara BERSIH 2.0 dengan KHILAFAH 2.0 mendapati bahawa kesamaan di antara keduanya ...
-
ARRAYAH.INFO, Arizona, 15 Mei 2012 - Seorang pelajar Islam Yaman yang belajar di Arizona, Amerika Syarikat dipaksa untuk melakukan perbu...
-
ARRAYAH.INFO, Putrajaya, 26 Mei 2012 - Berita yang dilaporkan berkenaan Himpunan Jutaan Belia 2012 telah mendatangkan kebimbangan kepada...
-
Umat Islam solat di sebelah Colosseum, Rom ARRAYAH.INFO, Rom, 28 Mei 2012 - Menurut laporan Kesatuan Komuniti Islam (UCOI) di Rom, Ita...
-
ARRAYAH.INFO, Shah Alam, 11 Mei 2012 - Status Negara Malaysia sebagai 'Negara Islam' digugurkan apabila dinilai dari aspek sistem pemerint...
-
ARRAYAH.INFO, Turki, 9 Mei 2012 - Anda telah diberikan amaran kepada sesuatu yang dinamakan Khilafah Islamiyah sebuah Negara Islam Globa...
-
Rajah di atas bukan gambar sebenar tetapi palsu ARRAYAH.INFO, Virginia, 13 Mei 2012 - Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Pentagon) t...
-
ARRAYAH.INFO, Syria, 27 Mei 2012 - Demi Allah, jika sekiranya masih ada yang menganggap apa yang berlaku di Syria adalah suatu yang dira...
-
ARRAYAH.INFO, Islambul, 24 Mei 2012 - Nabi Muhammad SAW pernah bersabda (yang bermaksud) : "Kota Konstantinopel akan jatuh ke tangan Is...
-
ARRAYAH.INFO, Nusantara, 29 Mei 2012 - Pengaruh Khalifah terhadap kehidupan politik alam Melayu sudah terasa sejak masa-masa awal berdirin...
-
ARRAYAH.INFO, Kuala Lumpur, 28 April 2012 - Rakyat telah turun untuk menyertai Himpunan Bersih 3.0 'Duduk Bantah' berhampiran Dataran Merd...



0 comments:
Catat Ulasan