Rabu, 4 Januari 2012

Amerika Syarikat, Negara Kapitalis tengah Sakit dan Bakal Runtuh tak lama lagi


ARRAYAH.INFO, Amerika Syarikat, 4 Januari 2012 - Kuasa besar negara kapitalis iaitu Amerika Syarikat benar-benar tengah sakit. Ketidakadilan sistem kapitalisme telah dirasakan oleh rakyat Amerika itu sendiri.

Sepertimana di negara-negara diktator tali barut Amerika Syarikat, jawapan penguasa atas para penunjuk perasaan adalah penangkapan dan penangkapan.

Polis telah menangkap lebih daripada 5800 penunjuk perasaan anti Wall Street sejak awal gerakan anti kapitalisme pada September lalu.

Menurut laman occupy-arrests.com, sekurang-kurangnya 5748 penunjuk perasaan occupy ditangkap hingga 31 Disember 2011.

Sedangkan 68 penunjuk perasaan ditahan di taman Zuccotti New York City pada Sabtu malam yang lalu.

Penangkapan Sabtu terjadi saat para penunjuk perasaan mengadakan demonstrasi malam tahun baru di bandar tersebut.

Sementara itu, rakaman yang memperlihatkan para penunjuk perasaan anti Wall Street di Charlotte, Nort Carolina, membakar dua bendera Amerika Syarikat. Empat penunjuk perasaan ditangkap selepas pembakaran bendera pada hari Jumaat petang.

Gerakan occupy Wall Street bermula ketika sekumpulan penunjuk perasaan berkumpul di daerah New York pada 17 September 2011 untuk memprotes pengagihan kekayaan yang tidak adil di negara itu dan pengaruh berlebihan para syarikat-syarikat besar terhadap polisi Amerika Syarikat.

Gerakan protes menyuarakan teriakan dan penderitaan rakyat terhadap kemiskinan, pengangguran, peranan dan koorporatisme.

Demikianlah, negara Barack Obama tengah sakit di negaranya sendiri. Rakyat Amerika mula menyedari kerosakan sistem kapitalisme yang diterapkan di negeri itu tak mampu menyejahterakan rakyatnya.

Umat ​​manusia di muka bumi saat ini menanti sistem kepimpinan yang adil dan membawa kesejahteraan dunia.

Di tengah-tengah sakitnya kaum kafir tersebut, sudah tiba masanya berjuang menegakkan Khilafah Islamiyah yang akan menyejahterakan dunia. [syabab.com/arrayah.info]

Sumber : Star Tribune http://sociology.ucsc.edu/whorulesamerica/power/wealth.html

2 comments:

  1. agak2 nya diorg sedar tak pasal sistem kewangan islam yg guna emas n perak dlm ekonomiyg lebih adil??

    BalasPadam
  2. realitinya bila kita lahir di dunia ini, kita hidup dibawah sistem kapitalisme. tak pernah pun kita lihat sistem islam itu diterapkan secara keseluruhan, yang ada cuma sikit je. rugi rasanya bila hidup di akhir zaman ini.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget | Webaholic