Selasa, 15 November 2011

Mungkinkah Amerika akan Membangunkan Pengkalan Tentera di Singapura?


ARRAYAH.INFO, Singapura, 15 November 2011 - Perbincangan tentang rancangan mendirikan Pangkalan Tentera Amerika Syarikat di Singapura memang masih terus berlanjutan. Menteri Pertahanan Amerika Syarikat, Robert Gates, mengatakan bahawa Washington perlu membina pangkalan di Singapura untuk menyokong kapal-kapal perangnya di kawasan (IRNA, Khamis 10/6).

Dalam kunjungannya ke Singapura menghadiri persidangan Keselamatan Asia yang diadakan oleh International Institute for Strategic Studies (IISS), Gates membangkitkan pembangunan pangkalan di Singapura sebagai sebahagian daripada program pengukuhan keupayaan tentera Amerika Syarikat di lautan Pasifik. Termasuk dalam program tersebut, Amerika Syarikat akan menempatkan sejumlah armada kapal pejuang segera yang khusus untuk operasi di perairan cetek.


Gates juga mengambil berat pentingnya kehadiran tentera Amerika Syarikat di perairan berhampiran Australia. Menurutnya, dalam masa beberapa tahun akan datang, Amerika Syarikat akan meningkatkan aktivitinya di kawasan tersebut. Ia menekankan pula pentingnya kerjasama tentera Amerika Syarikat dengan Australia dan Singapura.

Namun sampai saat ini belum ada indikasi pasti realisasi kenyataan Gates. Dunia Antarabangsa pasti faham bahawa rancangan kerajaan Amerika Syarikat lebih didominasi oleh bualan atau gertakan. Seringkali Amerika Syarikat berjanji akan memberikan bantuan bagi sebuah negara, namun kenyataannya dana tak kunjung datang. Padahal berita tentangnya telah disebarkan oleh pelbagai media massa.

Namun penunjuk keseriusan Amerika Syarikat mendirikan pangkalan di Singapura mulai terlihat dari usaha Singapura mengemukakan pengesahan Perjanjian Kerjasama Pertahanan Indonesia-Singapura. Bagaimanapun kewujudan sebuah pangkalan tentera mempunyai kesan yang tidak kecil bagi kawasan sekitar. Rakyat pasti banyak menentang.

Kewujudan pangkalan tentera AS di perairan Melaka akan membawa kesan:
  1. Perlawanan rakyat, juga rakyat negara Malaysia. Mengingatkan potensi besar kewujudan pangkalan yang akan merosakkan kedamaian kawasan.
  2. Keserakahan Amerika Syarikat akan kian menjadi-jadi, apalagi di kawasan tersebut ada cadangan minyak dan gas bumi yang sangat besar di Kepulauan Natuna juga potensi tambang yang melimpah di Nusantara. Amerika Syarikat juga sedang menguasai Kepulauan Spartlay di Laut China Selatan yang sangat berpotensi dan sedang diperebutkan oleh negara-negara sekitarnya.
  3. Tentera Amerika Syarikat juga akan membantu gerakan-gerakan pemisah seperti Aceh, Riau, ataupun daerah-daerah lain yang ingin memisahkan diri dari Indonesia.
  4. Namun saat ini Amerika Syarikat juga akan mendapatkan perlawanan ketat dari rakyat negaranya sendiri yang semakin berang kerana kerajaan selalu menghamburkan anggaran tentera sehingga menyebabkan hutang negara membengkak melebihi GNPnya.
  5. Selama ini rakyat Amerika Syarikat menuntut kerajaan menarik pasukan-pasukannya yang tersebar di pelbagai pangkalan tentera seluruh dunia. Pemerintahan Obama menjanjikan untuk menarik tenteranya di Iraq paling lambat akhir tahun 2011. Membangun pangkalan tentera baru dan untuk menghantar tenteranya membawa kesan teruk anggaran negara. Ini adalah pilihan yang sangat sukar diambil oleh pentadbiran Obama.
  6. Dunia (terutama Kesatuan Eropah) akan semakin mencemuh bila Amerika Syarikat membina pangkalan yang baru, di saat mereka sedang gusar dengan ekonomi Amerika Syarikat yang semakin memburukkan krisis kewangan dunia.
Namun bukan tak mungkin Amerika Syarikat akan menjalankan misinya, sesuai doktrin ketenteraan untuk mengawal sumber-sumber alam yang berpotensi di Asia Tenggara sekaligus memulihkan keadaan ekonominya. Ini adalah watak asli negara Imperialis. Selain itu, Asia Tenggara (khususnya Indonesia) menyimpan potensi jumlah penduduk Islam yang besar, yang tentunya berpeluang memunculkan kebangkitan Islam di kawasan ini. Bila Singapura bersedia menanggung kos terbesar dalam perolehan pangkalan tentera Amerika Syarikat, maka tetap saja Amerika Syarikat terbeban kos operasi askar yang tidak sedikit.

Dengan demikian, cara paling mudah dan termurah bagi Amerika Syarikat adalah menempatkan agen-agennya yang akan membiarkan kapal perang dan armadanya berkeliaran di kawasan ini, tanpa bersusah payah membina pangkalan tentera. Mungkinkah?

Jawapannya kembali kepada kita semua, para pemimpin negara, tokoh masyarakat, tentera, dan seluruh komponen bangsa ini. Akankah bersedia menjadi pengkhianat yang terlaknat, atau pahlawan yang melakukan amal soleh yang terbesar sebagai seorang muslim yang menolak harga dirinya dipijak-pijak kaum penjajah?! Islam mengajar kepada umat bahawa "'Isy Kariiman aw Mut syahiidan (Hiduplah mulia atau mati syahid !)"[] [Latifah Musa/MediaIslamNet.com/arrayah.info]

5 comments:

  1. Nothing impossible... Byk sgt kapal atas Spore
    lama2 terbenam plak... Berat...

    BalasPadam
  2. "'Isy Kariiman aw Mut syahiidan
    (Hiduplah mulia atau mati syahid !)"

    BalasPadam
  3. Singapura sekutu Amerika.. ni lah cara terbaik Amerika nak kawal kekuatan mereka.

    BalasPadam
  4. Kan lebih baik Amerika betulkan ekonominya yang tengah teruk nidari sibuk2 buat pangkalan tentera..

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Recent Posts Widget | Webaholic